Anak hantar makanan, peluk bapa dalam tahanan undang sebak orang ramai

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario menyayat hati anggota polis membuka pintu penjara supaya seorang kanak-kanak dapat memeluk bapanya, lapor laman berita Kompas semalam. Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @undercover.id kelmarin. Seorang tahanan bernama Aceng cuba memeluk anak perempuannya tetapi dihalang oleh jeriji besi.  Seorang anggota polis yang berada di lokasi kejadian kemudian membuka pintu lkap dan membenarkan lelaki itu memeluk anaknya.

Ketua Polis Daerah Muaro Jambi, Muharman Artha mengesahkan kejadian itu berlaku di Balai Polis Maro Sebo. Ketua Polis Maro Sebo, Wiwik Utomo berkata, pintu l0kap dibuka oleh anggotanya yang bernama Bripka Handoko pada Jumaat lalu sebelum waktu berbuka puasa. Jumaat lalu, kanak-kanak itu datang bersama abangnya untuk menghantar makanan kepada bapa mereka. Kebetulan rumah suspek tidak jauh dari balai polis, sekitar lapan hingga 10 minit perjalanan,” kata Handoko. Menurut Handoko, Aceng ditahan selama lapan hingga 10 hari atas kes kecrian. Dia berasa kasihan apabila melihat keluarga itu dan terus membuka pintu lokap. 

Handoko mengakui telah tidak patuhi etika kepolisian dengan membuka pintu sel. Walaupun saya salah, saya bersedia menerima akibat undang-undang,” kata Handoko. – Agensi. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.