Tulis al Quran dengan tulisan tangan, gadis ini kongsikan hanya ambil masa 4 bulan je untuk selesaikan penulisan

Seorang ahli kaligrafi dari kawasan terpencil di daerah Ganderbal, wilayah Kashmir berkebolehan menulis kitab suci al-Quran menggunakan tulisan tangan, lapor laman berita Wion News semalam. Salima yang merupakan seorang pelajar kolej berusia 22 tahun pada awalnya menghafal al-Quran sebelum mampu menulisnya dengan tulisan tangan. Dia telah menjadi suri teladan kepada bukan sahaja penduduk kampungnya, tetapi seluruh masyarakat Islam di wilayah Kashmir. Tulisan tangan Salima cantik dan sentiasa dihargai oleh guru serta keluarganya.  Seni kaligrafi Salima yang sempurna membuatkan ia kelihatan  tidak ditulis olehnya sebaliknya seperti cetakan komputer. Datuk dan nenek Salima memainkan peranan utama dalam memupuk  minat cucu mereka kepada seni khat serta penulisan al-Quran.

Saya bersyukur kepada Allah yang memberi keupayaan kepada saya untuk menulis al-Quran. Datuk dan nenek sentiasa mahu saya dan adik-beradik membaca dan menulis al-Quran.  Saya agak khuatir jika melakukan kesilapan semasa menulis al-Quran. Jadi saya pergi bertemu Maulana untuk memeriksa tulisan saya sekali-sekala dan mereka tidak mengesan kesilapan,” katanya. Salima mengambil masa empat bulan untuk menyelesaikan penulisan kitab suci al-Quran. Seluruh kampung berbangga dengan pencapaiannya dan berkata bahawa Salima telah membawa kemuliaan kepada masyarakat Gujjar.  Salima kini merancang untuk menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa ibundanya, Gojri bagi memudahkan masyarakatnya memahami al-Quran. – Agensi

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.