Tengku Che Puan Mahkota Kelantan bakal timang cahaya mata sulung tak lama lagi

Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra bakal menimang cahaya mata sulung, Julai ini. Perkara itu diumumkan oleh Sofie Louise menerusi satu hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi. Baginda bertitah, Tengku Muhammad Faiz dan dirinya gembira untuk mengumumkan bakal menimang putera sulung. Mac 2023, saya dan suami dengan gembira ingin mengumumkan kami bakal menerima cahaya mata pertama. Kelahiran tersebut dijangka pada Julai 2023. Berita gembira tersebut telah mendapat tanda gembira lebih 13,000 pengikutnya serta lebih 1,000 komen di Instagram.

Pasangan diraja tersebut telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 19 April 2019. Titahnya, kelahiran cahaya mata itu dijangka pada Julai ini. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.