Walaupun teruk kena kritik dengan warganet, tapi Azhan Rani tetap melawat Fasha Sandha di hospital

PELAKON¬†Azhan Rani berlapang dada menerima kritikan daripada peminat apabila ada segelintir pihak menyalahkan dia sebagai penyebab aktres Fasha Sandha mengalami kelukaan pada bahagian mata kirinya. Azhan atau Azhan Abdul Rani, 47, berkata, dia tidak kisah akan perkara itu asalkan mereka turut menyelitkan doa buat Fasha agar diberikan kesembuhan segera daripada kelukaan dialami ketika melakonkan salah satu babak bersamanya menerusi drama¬†Anak Tuan. “Maaf saya tidak berminat hendak mengulas apa-apa buat masa ini, biar Fasha sendiri yang melakukannya selepas dia sihat dan pulih seratus peratus.

“Buat masa ini saya raikan sahaja apa juga pandangan, kritikan atau tohmahan. Lepaskan sahaja pada saya andai itu boleh melegakan… cuma jangan lupa titipkan doa buat sparing partner saya Fasha agar dia kembali pulih macam selalu,” katanya. Azhan berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Jumaat yang turut memaparkan gambar Fasha sedang berehat di atas katil hospital ketika melawatnya di hospital. Aktor itu turut meluahkan penghargaan kepada suami Fasha iaitu Aidil Aziz yang memberi layanan baik kepadanya dan beberapa kru produksi ketika lawatan mereka.

Menerusi perkongsian sama, Azhan turut memuat naik rakaman suara Fasha yang memaklumkan keadaan terkini dirinya termasuk menjelaskan situasi sebenar yang berlaku. Dalam rakaman berkenaan, Fasha memohon orang ramai agar tidak meletakkan kesalahan kepada Azhan kerana apa yang berlaku adalah kelukaan. “Abang jangan risau, orang kata abang tolak kuat tapi tak pun… video-video itu semua ada. Tak kuat pun abang tolak, andaian orang sahaja. “Orang bukan dalam industri tak tahu yang bukannya tolak betul-betul, cuma berlakon sahaja. Saya tolak badan cuma landing tempat salah.

“Benda dah jadi nak buat macam mana, tak perlu nak jelaskan panjang-panjang. saya tidak mahu orang salahkan abang, Insya Allah saya akan beri kenyataan dalam dua tiga hari ini,” katanya. Sebelum ini, Fasha dilaporkan mengalami kelukaan patah tulang mata kiri dan bebola mata bengkak selepas kepalanya terhentak di bucu katil ketika melakonkan babak aksi bersama Azhan. Disebabkan kelukaan itu, aktres berkenaan dikejarkan dihospital untuk mendapatkan rawatan namun Fasha tidak menyalahkan mana-mana pihak malah berharap dapat meneruskan penggambaran dengan segera agar tidak mengganggu jadual ditetapkan produksi.

Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.