Muat naik video promosikan produk, tapi penampilan bakal isteri Shuib teruk kena kritik dengan warganet

Tidak dapat dinafikan, nama Watie Hanifiah sering menjadi bualan warganet gara-gara dia dikatakan mempunyai hubungan istimewa bersama penyampai radio dan pelawak popular, Shuib Sepahtu. Malah, baru-baru ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Watie di laman Instagram, dia yang berjalan ‘catwalk’ dengan berpakaian serba putih sambil mempromosikan produk kecantikan telah berjaya meraih perhatian ramai. “Feeling-feeling kejap, kita perempuan ni, makan sikit je perut tu cepat sangat buncitt!” ujarnya di ruangan kapsyen. Klik sini untuk lihat video.

Namun begitu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menegur penampilan Watie yang dianggap terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badannya telah mengundang rasa tidak puas hati ramai. Malah, ada segelintir individu yang meluahkan rasa hairan mengapa Shuib pernah memaklumkan Watie itu mempunyai persamaan arwah isterinya, Siti Sarah dan berharap pelawak itu menegur penampilan kekasih hatinya.

Bagaimanapun, disebalik teguran serta kritikan yang dilemparkan, peminat memuji kecantikan yang dimiliki Watie serta mendoakan agar dia dapat menutup aurat dengan sempurna kelak.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.