Muka dia nampak menakutkan, kali ni Balkisyh pulak cerita apa yang jadi masa dekat Singapura tu

Pelakon, Balkisyh Semundur Khan antara selebriti yang ada di tempat kejadiaan ketika Kamal Adli disrng dan dikasaei oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Berikutan daripada itu, Balkisyh tampil menceritakan detik cemas yang berlaku pada waktu tersebut. “Saya ceritakan sedikit apa yang berlaku. Booth saya dengan booth Qasya tak jauh. Waktu tu saya dengan pekerja dan anak-anak saya nak kemas booth. Tiba-tiba nampak orang brblah dan bergelut. Saya nampak orang itu lari ke arah booth saya dan masa yang sama saya nampak Uqasha lari kejar orang itu.

Orang itu terlanggar booth dan jatuh depan saya. Saya dengar orang jerit Kamal kena pkl. Saya ingat Kamal yang jatuh depan saya. Tapi bukan. Menurut Balkisyh, dia sempat melihat muka orang yang pkl Kamal pada waktu itu. Ujar Balkisyh, muka suspek kelihatan ganas dan menakutkan. Tambah Balkisyh, Uqasha dan pembantu peribadi dia sempat bertanya kepada suspek kenapa memkl Kamal. “Saya dengar Uqasha cakap kenapa pkl suami aku dan dia nak lepaskan geram dekat orang tu. Uqasha masa tu pun kejar sebab tak perasan Kamal dah jatuh depan booth sendiri selepas kena pkl. Saya tarik dan jerit dekat Uqasha supaya dia tak dekat dengan orang itu.”

Bercerita lebih lanjut, Balkisyh berkata dia sempat menarik tangan Uqasha dan berpesan jangan mendekati suspek. Jelas Balkisyh, dia tidak mahu apa-apa berlaku terhadap Uqasha pula sekiranya suspek menyimpan snjta tajam. “Masa itu suspek bergelut dengan orang ramai. Kejadian berlaku amat pantas. Saya jadi panik masa itu dan saya jerit kuat-kuat minta orang ramai telefon polis. Syukur Alhamdulilah orang itu berjaya ditangkap dengan bantuan org ramai.

Jujur saya pun rasa trauma sebab masa tu dekat booth anak-anak saya ada sekali. Benda jadi depan booth saya. Memang bahaya sangat. Di akhir posting, Balkisyh berdoa agar Kamal segera sembuh dan sihat seperti sedia kala. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.