Dah tanda tangan kontrak selama setahun sekali pemilik rumah sewa suruh keluar bulan 5, Mat Dan luah rasa kecewa dengan ejen hartanah

Penyampai radio Molek FM, Mat Dan, 33, meluahkan kekecewaan kepada pemilik rumah sewa yang ingkar kontrak selama setahun tanpa sebab munasabah sekali gus mencbl haknya sebagai penyewa. Mat Dan atau nama Islamnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah berkata, ejen dan pemilik rumah itu seperti bersepakat untuk menganiaya dirinya dan isteri, Nadifa Adnan yang kini sedang sarat mengandung. Malah, dia juga turut mengeluarkan kos bagi mengubah suai rumah untuk keselesaannya bersama keluarga dalam tempoh setahun menyewa. Saya baru saja berpindah ke Setia Alam pada bulan Februari lalu kerana ingin dekat dengan tempat kerja dan hospital memandangkan isteri bakal bersalin dalam minggu ini atau minggu depan.

Jadi sebaik saja berpindah masuk, saya membuat sedikit ‘renovation’ pada bahagian kabinet dapur, mengecat dan memasang penghawa dingin. Biasalah, apabila berpindah ke rumah baru pastinya kita ubah suai mengikut keselesaan. Tiba-tiba pada Sabtu lalu saya menerima kiriman Whatsapp daripada tuan rumah meminta saya untuk keluar pada bulan Mei nanti. Tanpa memberikan alasan kukuh, ejen hartanah juga turut menggesa saya pada Isnin. Jika dia sudah membuat keputusan untuk menjual rumah, kenapa dia tanda tangan perjanjian untuk sewakan selama setahun. Bukan saja kos, malah urusan berpindah juga memenatkan. Apatah lagi saya bukan orang kaya,” katanya kepada Harian Metro.

Tegas Mat Dan, tindakan tidak bertanggungjawab pemilik rumah dan ejen berkenaan membuatkan dirinya seperti dianiaya, apatah lagi ingin mencari rumah dalam tempoh yang singkat. Malah, selepas memberikan notis pada Sabtu lalu, pihak ejen turut menggesa Mat Dan untuk menandatangani persetujuan untuk berpindah. Dia berikan notis pemberitahuan pada Sabtu, semestinya saya memerlukan tempoh untuk berbincang dengan peguam. Hari minggu saya terganggu apabila terjadinya kejadian sebegini. Sudahlah saya hendak memikirkan mengenai isteri yang sarat mengandung dan bakal bersalin bila-bila masa, kini dibebankan mengenai isu rumah pula.

Saya rasa tidak adil dan pemilik rumah mempunyai niat jahat, bagaimana pula saya hendak berpindah ketika isteri masih lagi menjalani tempoh berpantang pada bulan Mei itu. Oleh itu, saya ingin mempertahankan hak saya. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.