Kongsi kenangan masa dengan ibu, ramai yang sebak bila tengok Uwais bercerita pasal Siti Sarah

Pemergian penyanyi terkenal, Allahyrham Siti Sarah Raissuddin pada 9 Ogos 2021 sememangnya tinggalkan duka kepada para peminat serta sebahagian besar rakyat Malaysia. Paling terasa sudah tentu ahli keluarga dan juga anak-anak yang masih kecil memandangkan pemergiannya tidak bersama orang tersayang kerana ditahan di wad selepas dijangkiti wabak pandemik. Perkongsian terbaru di akaun Instagram allahyarham sudah tentu mengundang sebak ramai apabila anak sulungnya, Uwais Al Qarni bercerita kenangan bersama ibu tercinta berkaitan bau haruman yang sangat disukai 4rwah. Menurut Uwais, ketika itu dia dan ibunya sedang berjalan dan berselisih dengan seorang wanita yang memakai haruman yang cukup wangi.

Disebabkan bau yang menarik, ibu telah berpatah balik kemudian menyapa wanita terbabit sebelum bertanyakan tentang jenama haruman yang digunakan. Tak lama selepas itu, Uwais mengatakan yang ibunya telah membeli haruman tersebut sambil menunjukkan botol ‘perfume’ yang masih mempunyai isi di dalamnya milik allahyarham Siti Sarah. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang kebanyakkannya berasa sebak melihat air muka anak kepada penyanyi terkenal itu yang sepertinya merindukan allahyarham ibunya. Ada di antara mereka mengakui sebak dengan cerita yang disampaikan Uwais lebih-lebih lagi tiada setitis air mata pun gvgur sewaktu berkongsi kisah bahagia bersama ibu tersayang. Klik sini untuk lihat video.

Komen Warganet:

Untuk rekod, Uwais Al Qarni merupakan anak sulung kepada pasangan Shuib Sepahtu dan juga Siti Sarah Raissuddin. Selain Uwais, mereka juga dikurniakan lagi tiga orang cahaya mata iaitu  Dzahira Talita Zahr, Ariq Matin dan juga Ayash Affan. Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.