Terlibat dalam kontroversi rumahtangga, Datuk A Aida dedah taknak beri peluang pada Hafidz Roshdi terlibat dalam drama atau filem terbitan syarikatnya

Susulan kontroversi panas yang terpalit dengan pelakon Hafidz Roshdi, penerbit popular Datuk A Aida enggan memberi peluang kepada pelakon itu berlakon dalam drama atau filem terbitan syarikatnya. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sensitiviti masyarakat yang terkesan selain tidak mahu ‘merisikokan’ karya terbitannya. Apa yang dilakukan (Hafidz) menyentuh sensitiviti masyarakat dan membuat penonton beremosi. Ini tidak bagus untuk syarikat produksi saya jika perkara seumpama itu terjadi. Disebabkan itu, saya tidak akan ambil pelakon seperti dia. Kalau dia ada, drama saya mungkin tiada ‘rating’. Ini salah satu kemungkinan sahaja. Sama ada drama itu ‘meletup’ atau dikecam. Jadi seboleh mungkin saya cuba mengelak,” katanya.

Menurut A Aida, dia bagaimanapun tidak berniat menutup periuk nasi pelakon itu selama-lamanya dan sedia menawarkan sebarang watak jika pelakon itu menyesal atas perbuatannya itu. Saya ambil contoh, Ismail Izzani yang sedang menjayakan penggambaran bersama syarikat produksi saya. Dalam kes ini, saya tiada masalah. Apa yang saya tahu, masalah Ismail bersifat peribadi. Namun, kalau masalah artis membabitkan orang lain seperti mengasari wanita dan menyentuh sensitiviti masyarakat, saya tidak akan ambil berlakon. Ismail bagi saya, pelakon yang bagus. Setiap hari dia datang ke lokasi penggambaran mengikut jadual yang ditetapkan. Dia tiada masalah dan sanggup belajar,” katanya.

Terdahulu Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat dalam laman media sosial susulan isu tak setia. Khamis lalu, isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, mendakwa ditmbk suaminya beberapa kali sehingga mengalami kelukaan pada bahagian mata. Hafidz dilapor melepaskan isterinya dengan talak satu pada 23 Februari lalu. Dalam perkembangan lain, A Aida berkata, dia masih bertindak sebagai penyedia kandungan untuk saluran Salam HD. Dalam sebulan, kami buat penggambaran untuk lima hingga enam judul. Disebabkan sibuk dengan Salam HD, bagi stesen lain, saya hanya fokus untuk TV3.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.