Tak ada jawatan dalam parti politi, tapi KJ tetap turun padang untuk bantu mngsa banjir di Johor

Tidak mempunyai jawatan dalam mana-mana parti politik bukan penghalang buat bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin untuk turun padang membantu mereka yang terlibat dengan banjir di Johor. Ahli Lembaga Pengarah JDT dan Penasihat Belia Johor itu berkongsikan lawatan beliau ke beberapa kawasan terjejas banjir antaranya di Yong Peng dan Batu Pahat. Melalui perkongsian di Instagram Stories, beliau dilihat bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Hairi Mad Shah; dan ADUN Yong Peng, Ling Tian Soon yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor.

Beliau yang mengenakan jaket sukarelawan Southern Volunteers turut dilihat menyampaikan sumbangan daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan beramah mesra bersama mangsa-mangsa yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS). Saya bawa ini (menghulurkan kotak) sumbangan daripada TMJ,” katanya kepada salah seorang mngsa banjir di PPS Dewan Orang Ramai Sri Medan. Bencana banjir melanda Johor sejak Rabu lalu disifatkan antara terburuk pernah dihadapi negeri itu selepas bah besar 2006. Menurut data terkini, 40,129 mngsa banjir membabitkan 11,210 keluarga ditempatkan di 216 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah terjejas di Johor.

Kredit Astro Awani, PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.