Pelakon, Didie Alias akui pernah menanggung kerugian lebih RM300,000 apabila berlaku pecah amanah membabitkan bekas rakan kongsinya untuk menganjurkan karnival jualan, dua tahun lalu. Didie, 51, berkata, sebagai individu yang sudah berpengalaman selama 10 tahun sebagai penganjur karnival jualan, dia akur dengan dugaan berlaku dan perlu bertanggungjawab melunaskan ganti rugi kepada usahawan yang terbabit.
Selepas membuat laporan polis, ketika itu saya perlu membayar ganti rugi duit deposit usahawan yang terbabit untuk dua karnival iaitu di Sibu, Sarawak dan Kuala Lumpur. Jadi, saya ambil tanggungjawab sepenuhnya untuk pembayaran semula sebab malas nak fikir sangat. Biar cepat selesai. Saya buat perbincangan virtual secara Zoom dan beritahu semua usahawan terbabit yang saya akan ganti duit mereka. Ketika itu, saya perlu membayar ganti rugi lebih RM300,000,” katanya ditemui pada majlis sidang media Stylofest Mega Raya 2023, baru-baru ini. Didie berkata, dia bersyukur dapat melunaskan ganti rugi kepada 130 usahawan di Borneo itu secara berdikit-dikit dengan rezeki hasil titik peluh kerja yang dikumpulkannya.
Memanglah hampir-hampir nak bergdh juga, tapi saya usaha tangani masalah itu secara ‘gentle’ dengan memaklumkan kepada semua usahawan itu yang saya tak akan lari ke mana-mana dan saya ada saja di mana-mana. Saya akan ganti, tapi secara berperingkat. Ketika itu, saya memang tak boleh buat pembayaran terus. Alhamdulillah, segala usaha gigih saya untuk menyelesaikan ganti rugi sepenuhnya berhasil pada Ogos tahun lalu,” katanya.Didie berkata, kini dia hanya menjadikan suaminya, Norisham Ismail sebagai rakan kongsi untuk karnival jualan dianjurkan. Katanya, dia mula menganjurkan karnival Stylofest pada November tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah. Didie berkata, dia tidak mahu berputus asa dengan apa yang berlaku sebelum itu.
Jelasnya, ini kerana hubungan dengan semua usahawan sudah dijalin baik dan rapat sebagai satu keluarga besar. Sehubungan itu, Didie kini amat teruja untuk menganjurkan Stylofest Mega Raya 2023 pada 14 hingga 17 April ini selama 73 jam di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Antara barisan selebriti yang menyertai ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ella, Shaheizy Sam, Adira, Nad Zainal, Ayda Jebat, Zul Huzaimy, Nubhan Ahmad, Datuk Fizz Fairuz, Fikry Ibrahim, Along Cham, Zalif Sidek dan ramai lagi. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.