Setiap hari ank menangis tak nak pergi sekolah, sekali ibu nekad bawa pergi balai polis

Gara-gara enggan ke sekolah, seorang ibu ‘mengertak’ dengan membawa anak lelakinya ke sebuah balai polis dipercayai terletak di satu daerah di Sarawak baru-baru ini. Seorang pengguna aplikasi TikTok, @abellascentzhq memuat naik video kejadian lucu tersebut memaparkan kanak-kanak bernama Aydeen yang memakai baju pra-sekolah itu ‘disoal siasat’ oleh seorang anggota polis di luar balai. Lebih menarik perhatian apabila anggota polis berkenaan memahami situasi sebelum ‘berlakon’ seperti mahu menahan kanak-kanak terbabit sekiranya dia berterusan tidak mahu ke sekolah.

Menerusi rakaman berdurasi dua minit tiga saat itu, si ibu dilihat cuba menakut-nakutkan dengan meminta anggota polis tersebut menahan anaknya kerana menangis hampir setiap hari apabila ke sekolah. “Kalau tak mahu sekolah, tangkap saja dia Tuan. Nak makan cacing? Tiada burger dalam penjr. Setiap hari kalau masuk sekolah, dia menangis Tuan. Dia ingat saya bohong (bawa ke balai).. degil sangat dia ni,” katanya dalam bahasa Iban.

Kanak-kanak itu kemudian berkali-kali menggelengkan kepala tanda tidak mahu ditahan selain melakukan janji menggunakan jari kelingking bersama anggota polis terbabit. Video berkenaan meraih hampir 973,000 tontonan dan 2429 komen warganet yang rata-rata meluahkan rasa terhibur melihat kerjasama wanita itu bersama anggota polis untuk menakutkan anaknya. Klik sini untuk lihat video.

Komen Warganet:

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.