Berhak untuk buat keputusan sendiri, ibu Syamsul Yusof akui Puteri Sarah adalah menantu dia dunia dan akhirat

Ibu mentua pelakon Puteri Sarah Liyana, Datin Patimah Ismail menyerahkan kepada menantu kesayangannya itu untuk membuat keputusan mengenai rumah tangganya dengan suami, Syamsul Yusof. Dalam hantaran di Instagram Story, Patimah juga turut mendoakan kebahagiaan Sarah yang dianggap sebagai menantunya di dunia dan akhirat. Puteri Sarah Liyana. “Mama dan papa amat memahami derita yang ditanggung. Sarah berhak membuat keputusan sendiri. Harta paling berharga adalah Syaikhul dan Sumayyah. Mama tetap mendoakan kebahagiaan Sarah. Puteri Sarah menantu kami dunia akhirat, tiada pengganti!” tulisnya.

Terdahulu, Patimah turut memuat naik hantaran dengan keterangan membawa maksud sama. Jangan buat spekulasi! Kami mohon Puteri Sarah berdamai dengan bersyarat. Tapi, dia berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak,” tulisnya. Terdahulu, Sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan pasangan Syamsul dan Sarah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), yang berlangsung Jumaat lalu, gagal mencari jalan penyelesaian apabila Puteri Sarah tetap dengan keputusan untuk bercerai.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.