Elisya muat naik video memasak, sekali mak mertua masuk komen tegur pasal ni

Selepas ditegur gara-gara cara memotong limau nipis yang salah, pelakon Elisya Sandha sekali lagi mendapat perhatian warganet apabila menyediakan juadah berbuka untuk suaminya, Uzair Haqimy. Menerusi perkongsian di Instagram, Elisya memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sedang memasak juadah-juadah berbuka di dapur. Namun apa yang menjadi perhatian adalah bahan masakan yang digunakan Elisya iaitu serai tidak tidak diketuk dan dibuang kulit luar dengan sempurna. Tinjauan di ruangan komen mendapati sesetengah warganet menegur Elisya mengenai potongan serai tersebut.

Malah, lebih menarik perhatian adalah ibu mertuanya, pelakon dan pengacara, Sheila Rusly turut tinggalkan komen pada perkongsian video tersebut. Sheila memuji anak dan menantunya itu dalam menyediakan juadah berbuka, namun turut menegur Elisya agar serai yang digunakan perlu diketuk terlebih dahulu dan dibuang kulit luar sebelum memasak. Klik sini untuk lihat video.

Komen warganet:

“Clever anak menantu mama tapi next time serai titik (ketuk) betul-betul buang kulit luar, potong hujung yang keras tu,” komen Sheila. Sementara itu, ada juga yang memuji Elisya kerana handal memasak seperti ibu mertuanya. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.