Tak dapat tutup mulut warganet, Sophia Albarakbah akui emosi terganggu bila ada yang cakap dia penyondol

Pelakon drama, Sophia Albarakbah mengakui emosinya terganggu selepas digelar sebagai ‘penyondol’ setelah dituduh menganggu rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah baru-baru ini. Memetik laporan dari Berita Harian, Sophia menyatakan yang dia pasrah dicaci dan maki warganet tanpa mempertahankan diri bagi memastikan pengambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah berjalan dengan lancar. Selepas pengambaran dan drama yang ditayangkan di slot Akasia TV3 selesai, akhirnya pelakon yang turut dikenali sebagai Sophia Koshka tampil bersuara.

“Sejujurnya, memang sakit dan emosi jadi kacau bilau, lebih lagi, saya masih dalam proses penggambaran. Tetapi, bila emosi terganggu, saya mendapat sokongan keluarga dan pasukan produksi. Saya baru sahaja selesai penggambaran drama, baru-baru ini. Bila ada sokongan baik, saya tidak tertekan sangat walaupun perasaan memang sakit. Dan pada masa sama, kesakitan boleh digunakan ketika saya berlakon,” katanya.

Dia akui tidak dapat menutup mulut warganet yang mengkritik hebat dirinya walaupun sebenarnya mereka tidak tahu apa-apa berkaitan isu tersebut. Ditanya sama ada dia lega ataupun tidak selepas tamatnya pengambaran melibatkan Aliff, Sophia menyatakan yang dia lega kerana pengambaran yang memakan waktu lama dan melibatkan kerja berpasukan itu berakhir serta dia dapat berehat buat seketika. “Alhamdulillah, seluruh naskhah sudah diselesaikan dengan baik. Saya kini sedang berehat,” katanya.

Dalam pada itu, Sophia memaklumkan yang bukan urusannya apabila Aliff mengambil keputusan untuk tidak berlakon dengannya lagi kerana perkara tersebut adalah hak pelakon berkenaan. “Saya tak boleh cakap apa-apa sebab Aliff berhak dengan keputusannya. Tetapi, kami sangat profesional biarpun orang cakap dingin atau fikir apa sahaja. Saya dan Aliff bersikap matang di lokasi sebab ini adalah kerja dan kami diberikan tanggungjawab untuk kerja. Takkan kami tidak mahu bertanggungjawab selepas apa yang berlaku. Kasihan pada pasukan produksi yang berusaha menjayakan naskhah ini. Jadi, apabila kerja, kami buat sahajalah kerja.

“Setiap orang berhak ada keputusan masing-masing, saya tiada hak nak marah,” katanya. Mengakui tidak berkecil hati ada rakan artis yang turut sama menyatakan dirinya ‘penyondol’ sewaktu isu kontroversi itu tular, Sophia menyatakan mungkin orang yang berkata sebegitu tidak mengetahui hal sebenar. “Ada orang sokong saya, ada pula sokong sebelah sana. Semua orang ada hak untuk berkongsi pendapat masing-masing. Jadi, saya tak perlulah saya marah atau berkecil hati. Mungkin orang yang memberi komen pun tidak tahu cerita sebenar. Terpulang mereka nak komen dan anggap apa sahaja. Saya tak perlu nak membenci,” katanya.

Sophia juga tidak serik jika diberi peluang untuk bergandingan dengan pelakon berstatus suami orang kerana sebagai artis dia sedar bahawa tidak akan lari dari sebarang kontroversi. Dia turut bersyukur kerana teman lelaki sentiasa menyokong kerjayanya dan sentiasa menghargai orang disekelilingnya. Perkara tersebut menjadikan dirinya kuat dan tidak putus asa dalam meneruskan karier sebagai seorang selebriti. Terdahulu, Sophia Albarakbah teruk dikritik warganet selepas Bella Astillah mendedahkan ada heroin drama yang sedang berlakon dengan suaminya cuba menggangu keharmonian rumah tangga mereka.

Walaupun tidak mendedahkan secara terus, warganet telah mengkritik Instagram Sophia memandangkan hanya pelakon itu sahaja yang sedang bekerja dengan Aliff Aziz. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.