Bakal timang cahaya mata kedua tak lama lagi, Emma Maembong dedah jantina anak buat ramai yang teruja

Bakal timang cahaya mata kedua tidak lama lagi, pelakon Emma Maembong dikhabarkan akan melahirkan bayi lelaki. Berita gembira itu dikongsikan menerusi video yang tular di TikTok yang memperlihatkan ahli keluarga dan rakan-rakan mengadakan majlis ‘baby gender’ pada malam Selasa. Emma yang ditemani suaminya memecahkan belon yang mengeluarkan kertas-kertas kecil berwarna biru menggambarkan bayi lelaki.

Rata-rata rakan-rakan yang turut berada di majlis itu mengucapkan tahniah kepada Emma dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar. Pada awal Februari lalu, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani menerusi Instagram meluahkan rasa syukur apabila dia dan suaminya bakal menimang cahaya mata kedua. Menerusi video tersebut, dia seolah-olah meminta suaminya membuat review produk di IG, namun wajah Shazli tiba-tiba terkejut apabila ternampak kit kehamilan di dalam kotak di hadapannya.

Shazli terus mengambilnya dan memeluk Emma sambil bertanya kebenarannya seolah-olah bagai tidak percaya di atas rezeki itu. Untuk rekod, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun. Klik sini untuk lihat video.

KOMEN WARGANET:

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.