Gigih menyanyi sambil tergantung masa AJL, kini Naim Daniel terima pengiktirafan dari Malaysia Book of Records

Penyanyi, Naim Daniel menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR) selepas tampil membuat persembahan nyanyian secara terbalik di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), baru-baru ini. Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Naim berkata, persembahan itu dilakukan dengan pengawasan profesional. Sebelum melakukan persembahan terbalik itu, saya dan pihak pengurusan sudah berjumpa dengan produksi AJL37 serta doktor, untuk berbincang mengenai persembahan yang akan dilakukan.

Selain itu, turut dititikberatkan bagaimana teknik pernafasan yang sesuai semasa berada di atas. Saya juga ingin mengingatkan kepada orang ramai, supaya jangan melakukan aksi ini tanpa pengawasan individu profesional,” katanya. Di AJL37, Naim mempersembahkan lagu Mainan secara tergantung dengan kaki di atas dan kepalanya di bawah, sekali gus mengejutkan penonton program secara langsung itu. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.