Setelah sekian lama menyepi, kali ni gambar terbaru Ameera Khan teruk dikritik oleh warganet

Baru-baru ini, adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan menjadi bualan hangat ramai apabila tampil dengan penampilan yang agak seksi telah mencetuskan rasa kurang senang ramai. Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Ameera di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa buah gambar yang dipercayai menghadiri acara yang bertempat di Paris.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah ‘posing’ cangkung yang digayakan oleh influencer yang berusia 22 tahun itu didakwa agak keterlaluan sebagai seorang wanita muslimah. Mana tidak, dalam perkongsian tersebut, Ameera Khan tampil dengan dress berwarna krim yang mendedahkan bahagian dadanya dan kain terbelah di bahagian tengah sehingga paras betisnya telah mencetuskan kritikan ramai. Bukan itu sahaja, warganet juga mempersoalkan penampilan Ameera yang didakwa seksi selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.

Malah, ada juga segelintir warganet yang meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila melihat perubahan ketara dari segi penampilan adik ipar kepada pendakwah selebriti, PU Riz yang pernah cuba untuk menutup aurat sebelum ini. Dalam pada itu, disebalik kecaman serta teguran yang dilemparkan, ramai juga yang mendoakan agar Ameera Khan mendapat hidayah daripada Allah dan berharap dapat menjadi seorang muslimah yang menutup aurat kelak. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.