Masih tak dapat masuk rumah, Farid Kamil luah rasa rindu pada anak anak

Minggu lalu kecoh kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle masih berlarutan apabila pengurus kepada Farid memaklumkan Farid masih tidak dapat memasuki rumah dan berjumpa anaknya. Terkini, Farid dalam satu perkongsian memuat naik sebuah video yang memaparkan momen-momen dia dan keluarga ketika berada di tanah suci Makkah. Menerusi perkongsian tersebut, Farid meuahkan rasa rindu terhadap anak-anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. Rindunya pada mereka Ya Allah. Sampaikan pada mereka Ya Aallah kerana aku tidak mampu,” tulis Farid ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tersentuh terhadap perkongsian tersebut. Malah ramai yang mendoakan urusan keluarga ini dipermudahkan. Terdahulu, media melaporkan, Diana telah memfailkan permohonan untuk berpisah terhadap Farid pada awal bulan lalu atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan. Farid yang khabarnya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Diana bagaimanapun enggan melafazkan talak.

Sehubungan dengan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan pelakon itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan permohonan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.