The Rock muat naik video kena solek dengan anknya, sekali kat kepala ada gincu

Pelakon Amerika Syarikat (AS), Dwayne Johnson atau The Rock menarik perhatian pengguna media sosial apabila berkongsi video comel yang memaparkan dua anak perempuannya menyoleknya dengan gincu berwarna merah jambu, lapor laman berita Page Six. Menerusi klip video yang dimuat naik di Instagram kelmarin, kepala botak Johnson dicat dengan gincu berwarna merah jambu oleh anak perempuannya, Jasmine, 7, dan Tia, 4. Klik sini untuk lihat video.

Menurut Johnson, dua anak perempuannya meminta untuk menyoleknya dengan pantas walaupun dia mempunyai mesyuarat online yang dijadualkan dalam 10 minit. Dia bernasib baik apabila mesyuarat itu kemudiannya dibatalkan. “Dua anak saya ketawa tanpa henti, tanpa belas kasihan,” tulis Johnson sambil menyatakan bahawa dia menghabiskan masa selama sejam untuk menanggalkan gincu itu dari kepala dan mukanya.

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.