Lepas juara Famili Duo makin banyak dapat undangan, Zaki Yamani akui bukan mudah nak susun jadual antara sekolah dan kerja

PENYANYI Zaki Yamani akui bukan mudah untuk membahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran memandangkan dia bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun ini. Kata Zaki, 17, dia mungkin akan memperlahankan sedikit kerjaya seni menjelang peperiksaan itu nanti dan berjanji tidak mengabaikan jadual persekolahan walaupun sibuk menerima undangan menyanyi. “Saya tahu jadual tahun ini memang agak padat sikit. Inilah cabaran yang perlu saya hadapi sebab memilih untuk menyanyi di usia muda. Mungkin akan perlahankan sedikit kerjaya seni tetapi saya tidak boleh berhenti terus. Kenalah susun jadual dengan baik sebab sekarang sudah tingkatan lima.

“Jika ada tawaran kerja yang mengganggu jadual sekolah saya tidak akan ambil,” katanya. Tambah Zaki meskipun perjalanan kerjaya kini semakin baik selepas bergelar juara program Famili Duo lalu, dia tidak boleh mengabaikan tanggungjawab terhadap pelajaran. Bahkan anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah ini sudah menyusun strategi baik dengan memulakan kelas tambahan supaya tidak ketinggalan. “Syukur kerana program Famili Duo telah menjadi pentas untuk saya tonjolkan diri dalam bidang seni. Tawaran persembahan pun semakin banyak selepas bergelar juara.

“Kalau dahulu sebulan nak dapat satu tawaran pun susah, sekarang ini sampai ada dua tawaran sehari. Rezeki semakin baik dalam kerjaya seni. Saya faham di kala kerjaya tengah naik ini, pelajaran juga kena utamakan sebab nak SPM. Sebab itu saya ambil kelas tambahan supaya tidak ketinggalan,” jelasnya. Dalam masa sama, Zaki juga kini lebih mementingkan kesihatan diri kerana tidak mahu kejadian pengsan di sekolah seperti sebelum ini berulang lagi. “Sebelum ini di sebabkan tidak menyusun jadual dengan baik, badan saya jadi letih sehingga pengsan di sekolah.

“Apabila sudah banyak tawaran sekarang ini saya pun lebih tahu menjaga diri supaya kesihatan tidak terabai, tak mahulah kejadian sama berulang lagi,” jelasnya. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.