Tetap dibenarkan berjumpa dengan anak, baru ni Hafidz Roshdi dah jalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia

Pelakon Hafidz Roshdi atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi dilaporkan sudah ke Hospital Bahagia, kelmarin bagi menjalani rawatan psikiatri sebagaimana diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dalam perbicaraan pada 13 Mac lalu. Menurut peguam Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, pelakon berusia 29 tahun itu telah melakukan rawatan tersebut namun keputusan masih belum dikeluarkan oleh doktor. “Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan bergantung kepada doktor. Cuma di pihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini.

Difahamkan, Hafidz tetap dibenarkan untuk berjumpa dengan dua cahaya matanya. Terdahulu, Hafidz sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu. Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa mengasari isterinya sebanyak tiga kali sehingga dia mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri. Sumber, OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.