Dalam proses untuk baiki diri jadi lebih baik, Zizi Kirana nafikan dirinya dah berniqab sepenuhnya

Zizi atau pemilik nama penuh Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 38, memohon kata-kata positif buat dirinya dalam proses untuk memperbetulkan diri menjadi muslimah yang lebih baik. Sebenarnya saya memang suka berniqab, cuma saya tahu kerjaya saya ini belum membolehkan saya untuk ke arah itu (berniqab). Apatah lagi, berniqab ini pun bukan wajib, jadi ia pilihan kita untuk pakai atau tidak. Yang penting kita tidak mencemarkan imej wanita berniqab. Disebabkan itu kita kena berhati-hati. Itu yang bila nampak saya sekejap berniqab dan sekejap tidak, doakanlah saja yang baik-baik. Tak perlu nak komen yang tidak baik,” katanya kepada Harian Metro.

Zizi mengulas mengenai penampilannya ketika ditemui baru-baru ini. Sementara itu, suami kepada Zizi iaitu pelakon, Yusuf Bahrin mengakui dia terbuka dengan pilihan isterinya dan tidak memaksa Zizi untuk membuat keputusan yang tidak disukai. Saya okay sahaja dia pakai niqab atau tidak. Mana-mana yang dia rasa selesa. Selagi dia tahu benda itu bukan perkara yang mendatangkan dosa, saya harap dia dapat mengawalnya sendiri. Setakat ini tiada masalah atau sebarang isu. Saya sokong saja isteri saya. 

Terdahulu, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021. Kredit Harian Metro.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.