17 tahun dalam industri, Marsha Milan percaya dah sampai masanya untuk adakan konsert solo

Penyanyi popular Marsha Milan, 37, idam mengadakan konsert solo berskala besar pada tahun ini sekali gus meraikan pembabitannya selama 17 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air. Menurut bintang kelahiran program realiti, Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini, dia juga memiliki lebih 20 lagu dalam simpanan yang sesuai untuk dinyanyikan dalam konsert solo yang diimpikannya itu. Saya juga percaya, sudah sampai masanya untuk saya mengadakan konsert solo sekali gus pencapaian dalam karier muzik. Setakat ini sudah ada lima pihak yang berminat untuk membantu saya merealisasikan konsert solo saya itu. Saya juga mengalu-alukan jika ada pihak yang berminat untuk menaja konsert solo itu nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Mengenai lokasi konsert pula, kata Marsha yang memukau menerusi lagu Kembali Terang, di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), dia juga berminat untuk mengadakan konsert solo di pentas yang besar khusus buat peminat setianya. Antaranya lokasi di pentas berprestij seperti Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di mana penyanyi Stacy mengadakan konsert sebelum ini,” katanya.

Mengulas mengenai konsert lagi, kata Marsha, dia pernah mengadakan konsert bersama dengan penyanyi Velvet di Sabah sebelum ini. Saya buat konsert bersama dengan Velvet ketika kami melancarkan lagu duet Sumandak Sabah. Alhamdulillah, konsert bersama Velvet itu mendapat sambutan dari peminat dan saya percaya ramai orang sudah mula berminat untuk beli tiket konsert berbanding dulu. Selain itu, saya banyak menjayakan showcase bersama Velvet dan rakan artis lain termasuk Datuk DJ Dave sebelum ini.

Ditanya mengenai lagu kerakyatan pula, kata penyanyi keturunan Kadazan-Dusun ini, dia juga ada perancangan untuk menghasilkan lagu kerakyatan secara solo pula nanti. Sebelum ini, saya sudah buat lagu duet Sumandak Sabah dengan Velvet dan mendapat sambutan dari peminat,” kata Marsha yang dinobatkan sebagai Naib Juara dan mengungguli kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Cinta pada AJL36, tahun lalu.

Kredit Harian Metro.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.