Sebagai isteri Syatilla sering berdoa agar rumah tangga yang dibina terus berada dalam keadaan baik dan dilindungi Allah

Pelakon dan usahawan popular, Syatilla Melvin bersyukur apabila rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu tidak pernah diganggu dengan kehadiran orang ketiga atau ‘penyondol, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32, berkata, sebagai isteri dia sering berdoa agar rumah tangga yang dibina terus berada dalam keadaan baik dan dilindungi Allah SWT. Demi Allah buat masa ini, tiada (gangguan orang ketiga) sebab saya dan Sam, kami dah tahu perangai masing-masing. Kami dah 13 tahun berkawan, dia buka mata je dah tahu saya macam mana, begitu juga sebaliknya. Jadi kalau ada sebarang perkara yang tidak kena, kami boleh baca fikiran masing-masing. Dia takkan boleh tipu.

Walaupun dia (Sam) pelakon hebat.. tapi dengan isteri, dia tak boleh tipu. Kalau ada benda yang tak kena terjadi, saya akan tahu. “Setakat ini Alhamdulillah semuanya baik-baik. Setiap hari saya berdoa minta Allah lindungi rumah tangga sebab kami ada anak-anak dan usia pun sudah makin meningkat,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran set produk kosmetik terbaharu Kekasih Lebaran 2023 yang berlangsung Glass House Klang, Selangor, semalam. Menurut Syatilla, dia bertuah kerana memiliki suami, Shaheizy Sam yang tahu menjaga batas serta sedar diri sudah memiliki keluarga. Saya tak pernah letakkan sebarang syarat ketika di keluar bekerja sebab Sam jenis orang yang sedar diri. Kita dah kahwin, macam dia tak suka kalau kita pegang-pegang lelaki lain, macam tu juga saya tak suka kalau dia pegang perempuan lain.

Jadi, dia tidak buat perkara itu. Sam faham apa yang saya tak selesa dan kami sama-sama cuba kekalkan prinsip itu, Insha-Allah selamat (rumah tangga). Untuk rekod, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 6, Sarima Samheizy, 4, dan Salama Samheizy yang kini berusia 10 bulan. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.