Tak pernah dapat peluang macam ni, Yamani dan Zaki gembira bila dapat tawaran untuk buat persembahan di pentas berprestij

Pasangan duo adik-beradik, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani berkongsi rasa teruja apabila bakal membuat persembahan di pentas berprestij Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS 2023) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad ini. Zaki,17, berkata, mereka gembira kerana kali pertama mendapat tawaran membuat persembahan di sebuah acara anugerah. Kami sangat gembira dan bersyukur kerana ini adalah anugerah pertama yang kami jayakan selepas menjuarai program Famili Duo.

Kami juga berasa teruja apabila diundang membuat persembahan berdua memandangkan kami tidak pernah mendapat peluang sebegini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan TADS 2023, hari ini. Pada majlis anugerah yang akan dipancarkan secara langsung di PICC, pasangan duo itu akan menyampai lagu medley berjudul Santai dan Kong Kali Kong. Sementara itu, Yamani, 22, pula berkata, segala persiapan untuk acara itu sudah dibuat sejak seminggu lalu. Memandangkan ini adalah anugerah yang besar untuk kami berdua, jadi kami agak gementar serta perlu membuat persiapan rapi.

Setakat ini kami sudah menjalani sesi latihan vokal bersama Cikgu Delly Mohd Taib sejak seminggu lalu kerana ingin memastikan persembahan pada malam itu berjalan lancar. Selain itu, kami juga saling berkomunikasi untuk mengekalkan hubungan baik memandangkan sekarang ini kami selalu mendapat persembahan berdua,” katanya. Selain Zaki dan Yamani, penyanyi lain yang akan membuat persembahan pada TADS 2023 adalah Stacy, Mimi Fly, Liza Hanim, Misha Omar, Bella Astillah, Wani Kayrie, Ayda Jebat, Fyna Jebat, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Amir Masdi, Rahmad Mega dan Hael Husaini. TADS 2023 akan dikendalikan oleh pengacara popular, Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah.

Antara barisan artis tanah air yang menggalas tanggungjawab sebagai penyampai trofi pula adalah Ummi Nazeera, Nabila Huda, Meerqeen, Anna Jobling, Fasha Sandha, Datuk Rosyam Nor, Aniq Suhair, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi. Secara keseluruhan, Tonton ADS mempertandingkan 14 kategori antaranya Drama Terbaik; Drama Popular; Pengarah Terbaik dan Penulis Skrip Terbaik. Turut dipertandingkan Pelakon Lelaki Terbaik; Pelakon Wanita Terbaik; Pelakon Lelaki Popular; Pelakon Wanita Popular; Pelakon Antagonis Terbaik; Pasangan Drama Terbaik; OST Terbaik dan Drama Novel Adaptasi Terbaik. Daripada jumlah itu, lapan kategori dibuka untuk undian peminat.

Peminat boleh mengundi 10 kali sehari untuk setiap alat peranti. Bagi kategori Oppa Pilihan Tonton, 30 peratus undian adalah daripada peminat, manakala 70 peratus juri profesional. BH dan Harian Metro diumumkan Rakan Media manakala Oh Bulan dan Xtra sebagai Rakan Digital. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.