Berdepan dengan banyak dugaan sepanjang penghijrahan, Izara Aishah tampil kongsikan tips untuk istiqamah bertudung

Pelakon Izara Aishah tampil berkongsi kisah dirinya untuk kekal istiqamah berhijab meskipun berdepan dengan banyak dugaan di sepanjang perhijrahannya. Menerusi hantaran dikongsikan, terdapat individu bertanya tips berkenaan kepada pemilik nama Nik Izara Aishah Nik Izazurin keran risau tidak kuat untuk berubah ke arah kebaikan. Dalam video berkenaan, aktres berusia 30 tahun itu mengakui bahawa iman manusia ada turun dan naik, namun sekiranya berpaksikan pada niat yang betul semuanya akan dipermudahkan. Tambah Izara, tidak menjadi kesalahan sekiranya seseorang yang masih belum kuat imannya untuk berhijab.

“Takpe tak kuat, pakai je tudung. Kalau nak buka, bukalah,”ujarnya. Katanya lagi, suatu hari nanti mereka pasti akan berhijab dengan sempurna meskipun pada awalnya terpaksa berperang dengan diri sendiri. “Memang iman kita naik turun, lama-lama dia akan rasa kuat. Akan rasa sendiri yang kita nak menutup aurat,”ujarnya lagi. Bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 turut meluahkan rasa syukur dengan kurniaan rezeki kepadanya selepas mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

“Izara semenjak pakai tudung, Izara punya rezeki.. tak tahu nak cakap macam mana,”luahnya. Pelakon drama Cinta Masam Manis turut berkongsi keputusan dirinya untuk menutup aurat dengan sempurna selepas terbaca satu ayat dalam kitab suci Al-Quran tentang suruhan-Nya. Dalam pada itu, Izara yang juga menantu kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza mendedahkan dirinya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang beragama namun hidup dalam serba moden. Klik sini untuk lihat video.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.