Sepanjang 34 tahun hidup tak pernah bangun sahur, tapi lepas kahwin kena siapkan makanan untuk suami pulak

Pelakon Reen Rahim mengakui sepanjang 34 tahun hidup, dia tidak pernah bangun untuk makan sahur di bulan Ramadan. Bagaimanapun selepas berkahwin, Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim akhirnya bangun awal pagi untuk mempersiapkan makanan sahur untuk suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin. Pelakon filem Shift Malam Raya itu turut berkongsi video dia mencuba kejutkan suaminya yang lena tidur untuk bangun sahur bersama-sama. Rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian video-video tersebut dan ada juga dalam kalangan mereka juga berkongsi pengalaman yang sama seperti Reen.

Sama wei. Tahun lalu sahur dengan mak abah. Paling-paling pun dah siap semua la. Tahun ini kena bangun siapkan sahur dan kejurkan laki (suami). Seumur hidup aku… tak pernah bangun sahur. Bila dah kahwin, aku kena siapkan sahur,” kata Reen menerusi video yang dimuat naik di TikTok. Kan, malas sangat nak bangun masak sahur. Nasib suami tiga empat tahun ini tak makan berat waktu sahur. Cukup kurma lima hingga tujuh biji dan air masak saja. Lega.

Sama! Sebelum kahwin jarang bangun sahur… dah kahwin kena masak sahur oh dunia ku,” komen beberapa warganet. Untuk rekod, Reen selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, pada majlis pernikahan di Boraombak Marina, Putrajaya pada 24 Disember tahun lalu. Kredit Sinar Viral. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.