Pelakon Kamal Adli berkongsi perkembangan terkini keadaan dirinya selepas menjalani operasi akibat di pukul pada bahagian kepala baru-baru ini. Menerusi kemas kini di Instagram, Kamal memaklumkan dirinya semakin stabil, namun masih perlu dipantau untuk rawatan susulan. “Alhamdulillah, Kamal semakin stabil tapi masih under medication untuk tahan sakit dan nnah dan lbam di badan dan dijaga isteri saya. “Terima kasih atas doa kalian terutama arti-artis di booth dan juga orang-orang Malaysia dan Singapura yang tolong Kamal,” katanya.
Pada perkongsian sama, Kamal turut berkongsi sekeping gambar yang memperlihatkan keadaan kepalanya dibalut sambill berehat di atas katil. Dalam masa sama, suami kepada aktres Uqasha Senrose itu turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri. “Cuma Kamal harap semua orang tolong jaga keselamatan kerana tak tahu siapa suka atau benci kita. “Doakan untuk isteri saya yang masih trauma pasal isu ini. Saya sayang isteri saya. Yang ketuk saya sorang je bukan satu Singapura, jangan gdh-gdh,” tambahnya.
Terdahulu, Uqasha memaklumkan mengenai suaminya, pelakon Kamal Adli mengalami kelukaan teruk selepas disrng oleh individu tidak dikenali ketika mereka menghadiri sebuah ekspo di Singapura pada malam Ahad. Uqasha turut berkongsi satu tangkap layar mesej yang pernah diterima daripada lelaki berkenaan sebelum ini menggt untuk membnh Kamal. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.