Alhamdulillah akhirnya Syura Badron dah selamat melahirkan seorang putera lelaki

Penyanyi, Syura Badron telah selamat melahirkan putera lelaki pada hari Isnin, 13 Mac 2023 bertempat di sebuah hospital swasta di Johor Bahru. Berita gembira tersebut dimuat naik oleh suaminya, Muhamad Farizat Ismail menerusi sebuah hantaran video di Instagram milik mereka sebentar tadi. Syukur Alhamdulillah.. Pada 13 Mac 2023 isteri saya telah selamat melahirkan seorang putera seberat 2.5 kilogram (kg) secara normal pada pukul 9 malam. Syura dirawat sempurna oleh Dr. Thokha Muhammad di Regency Specialist Hospital, Johor Bahru.. Terima kasih di atas segala doa yang tak hentio-henti dari semua..

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala doa kalian. Terima kasih sayang untuk anugerah terindah ini. Menerusi hantaran sama, pasangan sejoli ini turut mendedahkan nama anak lelaki mereka di akhir kapsyen tersebut. “Assalamualaikum dan selamat datang sayang daddy mummy, Muhammad Umar Eussof,” tambahnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet mengucapkan kata tahniah atas kelahiran putera mereka. Sekadar info, Syura berkahwin dengan pilihan hatinya, Farizat pada 22 Januari tahun lalu. Sebelum ini, Syura pernah berkahwin Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006 namun berpisah pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.