SELEPAS tiga bulan menjalani operasi tulang belakang akibat penyakit scoliosis pada November tahun lalu, penyanyi Zamani bersyukur apabila kini mampu menjalani kehidupan normal seperti sebelum ini. Zamani atau Zamani Ibrahim, 52, berkata dia sudah tidak lagi menanggung sakit terutama jika duduk atau berdiri dalam tempoh masa yang lama. Dia bagaimanapun masih tidak dapat melakukan beberapa aktiviti harian atas nasihat doktor bagi mengelakkan kecederaan di bahagian tulang belakangnya berulang. “Alhamdulillah saya dah semakin elok dan baik, rutin pun saya dah buat macam biasa. Cuma ada beberapa rutin harian yang masih saya tak boleh lakukan lagi macam saya tak boleh nak tunduk lagi.
“Tapi paling ketara saya dah mampu berdiri dalam Alhamdulillah tak rasa sakit macam dulu. Saya pun sudah kembali banyak menerima persembahan pentas,” katanya. Zamani berkongsi perkara itu ketika ditemui dirakaman takbir raya yang berlangsung di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur baru-baru ini. Zamani berkata dia masih lagi menjalani rawatan fisioterapi bagi memastikan fizikal dan tulang belakangnya lebih kuat dan stabil. “Saya masih lagi sedang jalani rawatan fisioterapi selama enam bulan. Sangat penting rawatan fisioterapi sebab saya ada masukkan besi, jadi nak beri dia serasi dengan tulang.
“Saya ada lagi tiga bulan untuk rawatan fisioterapi. Tapi kalau rawatan doktor, dia cakap dah okay. Dua minggu lepas baru jumpa doktor dan semuanya baik-baik sahaja,” katanya lagi. Sebelum ini, Zamani menghidap penyakit skoliosis sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung. Berkongsi perkembangan terkini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Germis Mengundang ini memberitahu bakal melakukan konsert bersama kumpul Slam pada bulan Jun nanti.
“Saya dan kumpulan Slam akan melakukan konsert berskala besar di Singapura pada Jun nanti manakala untuk peminat di Kuala Lumpur dalam bulan Ogos pula. Saya teruja untuk menyertai konsert reunion kali ini selepas keadaan saya dah sihat nak berbanding keadaan saya yang sebelum ini tidak beberapa okay,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.