Ali tertanya tanya kaitan antara kes dia dan Dayah dengan rumah mak kena sita, sekali ini penjelasan dari peguam buat ramai yang faham

Kemelut isu mahkamah melibatkan Ali Puteh, 34, dan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali sehingga kini masih lagi menjadi perbualan hangat warganet. Terbaru kali ini, pelawak berkenaan telah meluahkan rasa kecewanya apabila rumah ibu, Allahyarham Sabariah Arshad bakal disita selepas dia gagal melunaskan tuntutan RM60,000 kepada balu Abam Bocey. Katanya lagi, masalahnya yang berlaku hanya membabitkan dia dan Hidayah, serta ia tidak ada kena mengena dengan harta hak milik arwah ibunya yang dianggap sebagai tindakan tidak sepatutnya dibuat. “Kenapa perlu kaitkan dengan rumah arwah mak saya? Masalah itu antara saya dengan balu arwah Abam. 

“Saya pun baru dapat tahu benda ini dan surat (mahkamah) pun baru sampai. Lagipun, bukannya saya nak menolak membayar RM60,000,” katanya. Ada di kalangan warganet kemudian bertanyakan isu rumah arwah ibu Ali Puteh yang bakal disita itu kepada bekas peguam di TikTok, Reina Lum mengenai keputusan yang dibuat mahkamah. Menurut Reina, sebelum ini Ali Puteh telah kalah kes mahkamah dengan Hidayah hingga menyebabkan dia terpaksa membayar RM60,000 kepada kakak iparnya. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang kita tahu, Ali Puteh masih gagal menjelaskan bayaran ganti rugi RM60,000 itu hingga mahkamah perlu masuk campur untuk menentukan cara pembayaran.

Secara perundangannya, Reina menjelaskan bahawa rumah milik arwah ibu Abam kini telah menjadi milik Ali Puteh dan ia telah menjadi future income kepada pelawak berkenaan. “Legally orang yang dah pergi menghadap illahi tak boleh miliki property. Jadi rumahnya itu mengikut hukum faraid menjadi future income Ali Puteh. So legally rumah itu dia punya bukan mak dia sebab mak dia tiada lagi di bumi ini. So Reina explain logik mahkamah ye. Pertama sekali, ia lagi mudah untuk ambil future income dari mengambil harta yang ada pada individu tersebut. 

“Daripada ambil personal loan atau jual kereta atau apa-apa harta yang you ada untuk bayar balik hutang itu, baik you ambil harta yang akan datang kepada you pada masa hadapan. You tak rasa pun macam you dah bayar. Faham tak logik dia?” jelasnya. Penjelasan panjang lebar dari Reina ini telah mendapat pujian daripada warganet dan ramai berharap pelawak tersebut untuk mendengar penjelasan ini supaya dia memahami sebab di sebalik keputusan mahkamah itu. Klik sini untuk lihat video.

Komen Warganet:

Sumber: LobakMerah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.