Datuk Sheila Majid dedah belum ada perancangan untuk bersara dalam masa terdekat

Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid, 57, memaklumkan dia tidak merancang untuk bersara dari bidang seni yang sudah diceburi hampir empat dekad lalu dalam tempoh terdekat ini. Sheila atau nama sebenar, Shaheila Abdul Majid berkata, dia juga mahu meneruskan bidang seni yang juga periuk nasinya itu dalam tempoh beberapa tahun lagi. Saya sangat mencintai bidang muzik dan persembahan. Saya akan buat bila ada permintaan dari peminat dan tawaran tidak pernah putus. Melihatkan permintaan dan sambutan dari peminat, lama lagi lah saya mahu bersara, mungkin dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Konsert bersama Big Band pada malam ini pun adalah memenuhi permintaan dari peminat setia,” katanya kepada Harian Metro. Sheila ditemui pada sidang media selepas Konsert Sheila Majid Big Band Live in Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, malam tadi. Mengenai persaraannya lagi, kata Sheila, dia juga sering berdoa kepada Allah untuk memohon petunjuk. Bila saya sering berdoa kepada Allah, jika kerjaya seni ini tidak berkat, semoga Allah buka ruang kepada rezeki yang lain. Namun, ini yang datang, tawaran demi tawaran persembahan terutama dari pihak di Indonesia dan lebih banyak dari Malaysia.

Ditanya sambutan pada malam itu, kata Sheila dia bersyukur kerana konsert itu berjaya dan mendapat sambutan hebat dari peminat lama termasuk kalangan dari golongan muda. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.