Blackpink akan ada kan konsert di Bukit Jalil, tapi ramai yang risau sebab hujan lebat

Kumpulan Terkenal Korea Selatan, Blackpink  ke Malaysia ini sempena konsert jelajah dunia yang  cukup mengujakan terutamanya bagi kelab peminat “Blink”. Blackpink dianggotai empat orang ahli kumpulan iaitu Lisa, Jennie, Jisoo dan Rosé. Dijadualkan mengadakan konsert di Kuala Lumpur yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 Mac ini. Walaupun konsert Blackpink bertembung dengan konsert Bulan Bintang yang diadakan pada tarikh dan waktu yang sama, itu tidak mematahkan semangat peganjur apabila tiket untuk konsert Blackpink kesemuanya ‘Sold Out’. Blackpink yang bakal menyanyikan lagu-lagu hits mereka pasti akan membuatkan para peminat yang hadir tidak keruan.

Namun sejak kebelakangan ini, Malaysia dilanda hujan yang sangat lebat menyebabkan beberapa tempat dan negeri mengalami banjir yang amat dahsyat. Tidak terkecuali juga, bandar Kuala Lumpur menerima nasib yang sama apabila sesetengah tempat mengalami banjir, akan tetapi tidak seteruk di tempat lain. Melalui satu perkongsian akaun tiktok @momolatte, dia berkongsikan mengenai suasana Stadium Nasional Bukit Jalil semalam yang dilanda hujan lebat. Di dalam video tersebut menunjukkan air yang banyak menuruni tangga stadium sehingga ada kawasan yang diseliputi air.

Rata-rata warganet tinggalkan komen yang mencuit hati selepas menonton video tersebut. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.