Takut ada yang meluat, Sweet Qismina dedah tetap jaga batas bila berlakon dengan suami sebab ni

PERMULAAN tahun 2023 cukup bermakna buat pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee. Selain dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda, Sweet memberitahu dia dan suami juga menerima banyak tawaran lakonan bersama. “Ia permulaan yang baik untuk tahun 2023 ini dan kami tak sabar nak terokai tahun ni sebab permulaan rezeki kami akan bergandingan dalam drama Tv3 malah akan datang pun ada juga untuk kami. “Kami tahu ramai yang nantikan kami berlakon bersama lagi tapi kami ingin kurangkan sebenarnya sebab takut orang akan berkata…asyik muka kami je.

“Sebenarnya dulu sebelum saya kahwin ada terfikir untuk tak mahu ada suami pada usia muda kerana risau populariti dan sebagainya, namun sebaliknya Allah dah berikan rezeki buat kami berdua dalam lakonan sehingga sekarang,” kata Sweet kepada mStar. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Sweet Qismina sah bergelar isteri kepada Adam Lee, Rupanya Sweet dinikahkan oleh abangnya sendiri. Siapa tak kenal dengan pasangan sejoli ini. Sweet dan Adam sah sebagai suami isteri. Dengan sekali lafaz, pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina selamat bergelar suami isteri pada pagi Isnin. Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 24, dinikahkan sendiri oleh abang kandungnya, Fahid Asyraf Supandi dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Ehsan, Ampang iaitu Mohamad Khairi Hussein. Majlis pernikahan itu diadakan di The Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur.

Adam dinikahkan sendiri oleh abang Sweet iaitu Fahid Asyraf Supandi.

Adam atau Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 28, menyerahkan RM2410.97 sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan. Majlis pernikahan pasangan selebriti ini turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat Sweet dan Adam. Ia turut disiarkan secara langsung menerusi YouTube. Terdahulu, kedua mempelai masuk ke ruang dewan yang dihias indah dalam persalinan serba putih kira-kira pukul 10 pagi.

Sweet ditemani ibu, Misnah Atan di atas pelamin. Sweet turut ditemani oleh ibu, Misnah Atan di pelamin sepanjang majlis pernikahan berlangsung. Adam dan Sweet pada malam Sabtu sempat diraikan dalam majlis berinai yang bertemakan Jawa. Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober 2021 selepas tiga tahun melayari alam percintaan dan memilih melangsungkan pernikahan setahun selepas hari pertunangan mereka. Sumber, mstar

Adam Lee Mahu Rehatkan Jiwa Dalam Drama Romantik Komedi, Adam Lee Gemuruh Menanti Hari Bahagia Bersama Pasangan. Siapa tak kenal dengan pelakon lelaki kacak ini. Sesekali ingin lari daripada beratnya naskhah emosi, pelakon Adam Lee mengakui bahagia apabila berpeluang menjayakan sebuah drama romantik komedi atau rom-com. Adakah Engkau Menungguku yang sudah pun ditayangkan menerusi slot Lestary TV3 pada 29 September lalu menampilkan Adam, 28, berpadu lakonan buat pertama kalinya dengan Wanna Ali. Ujar pemilik nama lengkap Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee itu, meskipun ada timbul keraguan tentang kemampuannya menjayakan naskhah komedi tetapi dia menyahutnya sebagai satu bentuk cabaran.

Adam juga turut berkongsi sedikit tentang persiapan dan debaran menuju hari bahagianya bersama tunang, pelakon Sweet Qismina yang dijangka berlangsung dalam bulan ini. Ikuti perkembangan pelakon tinggi lampai itu sewaktu temu bual secara maya sempena mempromosikan drama Adakah Engkau Menungguku baru-baru ini.