Kumpulan Dolla dijemput untuk buat persembahan di majlis iftar, sekali gelagat pelajar tahfiz pula jadi perhatian warganet

Bermula Ramadan sejak seminggu yang lalu, pelbagai pihak dilihat berlumba-lumba menganjurkan majlis berbuka puasa beramai-ramai. Kebanyakan mereka turut menjemput pelajar-pelajar tahfiz hadir bersama bagi diraikan dengan pelbagai hidangan serta persembahan dari selebrit terkenal tempatan. Namun, tular satu video menunjukkan kumpulan pop wanita, Dolla tampil menyanyi lagu raya dihadapan pelajar-pelajar tahfiz sewaktu majlis berbuka puasa tersebut. Klik sini untuk lihat video.

Pengguna Twitter menggunakan akaun @arfdy12 telah berkongsi video persembahan Dolla serta reaksi pelajar tahfiz di hadapan meja yang berpaling daripada pentas utama. Mereka juga dilihat seperti kurang selesa dengan melihat persembahan tersebut yang membariskan penyanyi-penyanyi perempuan walaupun mereka tampil berbusana sopan. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakkan mereka merasakan persembahan tersebut kurang sesuai kerana kehadiran anak-anak tahfiz yang lebih elok dirai dengan lagu-lagu Ketuhanan.

Mereka juga seakan ‘memahami’ apa yang dirasa para pelajar tersebut apabila masing-masing cuba melarikan pandangan dari terus tertumpu kepada persembahan berkenaan. Walau bagaimanapun, ada juga warganet yang merasakan hal tersebut bukanlah salah Dolla sepenuhnya kerana mereka hanya memenuhi undangan persembahan dari pihak pengurusan yang menganjurkan majlis berbuka puasa itu. Mereka juga dilihat tidaklah keterlaluan ataupun menari rancak seperti yang sering kita lihat di muzik video ataupun persembahan pentas kebiasaan.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.