Lebih setahun status rumahtangga jadi tanda tanya warganet, kali ni Shuk Sahar akui dah sah berpisah dengan Rossa Sera

SELEPAS┬álebih setahun status rumah tangga menjadi tanda tanya, pelawak dan pengacara Shuk Sahar akhirnya mengesahkan sudah berpisah dengan isterinya iaitu Rossa Sera. Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu. Menurut Shuk, keputusan untuk berpisah itu dibuat atas persetujuan bersama selepas mereka pulang mengerjakan ibadah umrah awal tahun ini. “Betul kami telah sah berpisah pada 22 Mac lalu dengan talak satu.

“Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk berpisah. Kami berpisah dengan baik,” katanya ketika dihubungi┬ápada Jumaat. Meskipun tiada lagi ikatan, Shuk memberitahu hubungannya dengan Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah masih baik demi dua orang cahaya mata mereka. Malah, Shuk menjadikan perpisahan itu sebagai pengajaran buat dirinya untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik di masa akan datang. “Sekarang ini saya hanya fokus kepada anak-anak sahaja. Mereka (anak-anak) tinggal di Sabah bersama ibu Sera sebab anak yang sulung sudah mula sekolah darjah satu.

“Apa yang berlaku ini menjadi teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri. Semoga saya akan menjadi orang yang lebih di masa akan datang,” ujar. Berkongsi keadaan dirinya kini, Shuk berkata dia reda dan tenang berdepan ujian ini dan mahu memberikan tumpuan kepada perniagaan produk kecantikan di aplikasi TikTok. “Saya okey sahaja! Teruskan berniaga dan jika ada tawaran untuk berlakon nanti saya akan terima. Buat masa sekarang memang aktif berniaga di TikTok,” jelasnya.

Untuk rekod, Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan perkahwinan tersebut turut diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.