Jadi model untuk jenama terkenal, ramai yang puji Lisa Surihani sebab masih bertudung tutup dada

Sudahlah cantik, manis pula dengan penampilan muslimahnya itu. Ramai yang menyangka, menjadi model atau peragawati yang ingin mengikut hukum syarak ini sukar untuk dilakukan serta mempunyai pelbagi kekangan, namun tidak jika kita tetap dengan pendirian untuk menutup aurat dengan sempurna. Pepatah ada menyebut, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Malah, dalam tinjauan syara’, menjadi model dalam iklan-iklan tersebut tidaklah haram bagi seorang wanita jika gambarnya tidak mendedahkan aspek kemolekan, kecantikan, kemanjaan, dan sebagainya.

Namun begitu, samada bentuk pakaian itu dinamakan busana muslimah ataupun nama-nama lain, yang paling utama ialah samada pakaian itu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sebagai menutup aurat ataupun tidak. Memuat naik gambar di laman Instagram miliknya, aktres cantik Datin Lisa berkongsi hasil foto peragaannya bagi sebuah jenama terkenal, serta terlihat indah menggayakan pakaian serba cantik dan menutup aurat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan Lisa serta gayaan tudung beliau yang menutup dada dengan sempurna tanpa meraih pandangan tabarruj. Terdahulu, kisah penghijrahan Lisa menjadi topik yang sering diperkatakan umum. Peminat menyambut baik perubahan ditampilkan selepas menunaikan umrah bersama suaminya sehingga ada yang menjadikan penghijrahan pelakon itu sebagai inspirasi.

Banyak yang memuji penampilannya sekarang yang cukup manis berhijab. Selain itu, pelakon cantik ini juga banyak menghadiri kelas agama bersama rakan-rakan selebriti yang lain. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.