Tak boleh dah selamba bagi orang datang dekat, Liyana Jasmay ambil iktibar dari kejadian yang berlaku pada Kamal Adli

Kejadian yang jadi pada pelakon Kamal Adli cedera teruk akibat disrng individu tidak dikenali di Singapura baru-baru ini jelas menimbulkan kerisauan beberapa selebriti termasuk pelakon Liyana Jasmay. Liyana, 35, berkata iktibar perlu diambil daripada kejadian itu selepas ini kerana kejadian membabitkan orang tak siuman semakin menjadi-jadi. Sudah banyak orang tak betul zaman sekarang. Tak kisahlah (dari) negara apa pun. Kalau ada ada ‘meet and greet’ memang kena ada orang jaga. Tak boleh dah selamba ‘badak’ saja bagi orang dekat-dekat. Kita tak tahu isi hati orang, dengki semua. Bukan semua orang okay dah di dunia,” katanya.

Kerisauan terbabit diluahkan Liyana menerusi Instagram Story semalam tatkala kejadian Kamal itu terus menjadi perbualan ramai. Terdahulu, heboh mengenai berita Kamal yang juga suami pelakon Uqasha Senrose luka di kepala akibat dipkl berkali-kali dengan cota ketika menghadiri sebuah karnival di Singapura. Disebabkan kelukaan itu, dia terpaksa menjalani operasi.  Sementara itu, sspk yang menyrng Kamal iaitu lelaki berusia 33 tahun didakwa di mahkamah di Singapura, semalam. Menurut Polis Singapura (SPF), lelaki itu dituduh kerana disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan barang berbahaya.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.