Balik dari Umrah lancar je dia baca Talbiah, gelagat Jebat sekali lagi jadi perhatian warganet

Sebut nama Jebat Jayden, ramai yang mengenali anak lelaki pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila. Anak lelaki kesayangan kepada pelakon Sharnaaz ini sebenarnya lagi popular dari babanya itu. Walaupun masih kecil tetapi Jebat mempunyai peminatnya yang tersendiri dan ramai yang suka melihat telatah comel Jebat. Setiap hari banyak telatah comel yang dikongsi oleh ibu dan babanya di media sosial. Baru-baru ini, sebuah rakaman video telatah Jebat yang telah dikongsikan oleh ibunya iaitu Noor Nabila apabila Jebat membacakan Talbiah dengan teraturnya seperti seorang yang sudah meningkat dewasa. Hebat betul Jebat walaupun masih kecil tetapi sudah menghafal doa-doa dan diajarkan membaca Al-Quran. Klik sini untuk lihat video.

Setelah balik dari tanah suci menunaikan Umrah bersama ibunya, Jebat makin menjadi anak yang soleh dan ibunya juga akan memastikan yang Jebat mendapat segala didikan agama yang sempurna. Walaupun jebat masih kecil tetapi sudah dibentuk dengan didikan agama Yang mencukupi dari keluarganya. Apabila melihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet tinggalkan komen positif iaitu memuji kecerdikan Jebat dan juga komen “cute “ pada ruangan komen apabila melihat video itu.

Kedit Sinar viral. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.