Jangan bandingkan Ubi Superstar dengan Sepahtu Reunion, ini pula luahan Shuib

Selepas sekian lama tidak menghiburkan ramai di dalam program lawak, Shuib baru-baru ini mengejutkan ramai apabila menyertai program Ubi Superstar Live bersama kumpulan Ubi. Menurut Shuib, dia mengakui berasa sedikit kekok untuk menghiburkan peminat selepas lama berehat dari pentas komedi. Tambahan pula, kali ini dia bergandingan dengan ahli kumpulan baru yang memerlukan masa untuk mencapai keserasian di antara mereka. Di dalam program tersebut, Shuib bergandingan dengan kumpulan Ubi yang terdiri daripada Fad, Namie dan Sharif serta turut disertai Ajak.

“Hampir dua tahun saya tidak terlibat dalam sebarang program pentas atau persembahan live begitu, jadi memang agak sukar untuk kembali beraksi.” Dalam masa yang sama, Shuib turut meminta orang ramai untuk tidak membandingkan program Ubi Superstar Live dengan Sepahtu Reunion yang pernah disertainya sebelum ini. Jelas Shuib, kedua-dua program ini mempunyai kelainan yang tersendiri dan menganggap tidak adil untuk membandingkannya. “Tidak adil jika penonton hendak bandingkan program ini dengan rancangan Sepahtu Reunion kerana ia sudah berada dalam kedudukan tersendiri.”

Tambahnya lagi, dia sudah bersama Sepahtu Reunion selama lima tahun dan disebabkan itu wujud keserasian di antara dia dan ahli-ahli yang lain. Malah apa sahaja yang dilakukan di pentas itu akan ‘menjadi’ kerana telah wujud keserasian yang kukuh sesama mereka. Sebelum ini, ramai yang mempertikaikan tindakan Shuib menyertai program Ubi Superstar Live dan tidak kembali menyertai Sepahtu Reunion. Sehinggakan ada yang meminta pelawak itu membuang nama Shuib Sepahtu yang digunakannya dan menggantikan dengan nama kumpulan baru yang disertainya ini.

Jep baru-baru ini akhirnya membuka mulut mengenai konflik sebenar yang menyebabkan Shuib enggan menyertai program Sepahtu Reunion lagi. Difahamkan, Shuib tidak dapat menerima tindakan Astro yang menggantungnya selama dua episod selepas melakukan lawak berunsur tak senonoh. Sumber, syor.com. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.