Dari dulu sampai sekarang tak berubah, ramai yang puji Sazzy Falak makin cantik dan nampak muda

Lama sungguh tak dengar khabar tentang pelakon dan ahli perniagaan jelita, Sazzy Falak, 41, di media sosial. Menjengah ke Instagramnya, Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini binti Shamsul Falak yang merupakan bekas pengacara Beat TV dan juga pelakon filem dan drama Gol & Gincu ada memuat naik video tentang perkembangan terkini mengenai dirinya. Melihat kecantikan ibu kepada tiga cahaya mata itu, ramai memuji pelakon tersebut yang kelihatan sentiasa muda walaupun kini umurnya sudah masuk ke awal 40an.

Untuk perkembangan terbaru dalam dunia seni hiburan, Sazzy kini melakonkan watak Puan Faniza dalam drama siri premium Astro Originals ‘Projek: High Council’. High Council membawa kisah fiksyen yang diinspirasikan daripada kisah benar yang pernah terjadi di Malaysia yang mana negara digemparkan dengan isu kumpulan gangster High Council di sebuah sekolah berasrama penuh. High Council membariskan para pelakon baharu yang berbakat serta berpengalaman daripada pelbagai latar termasuk Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Sazzy Falak, Ben Tan, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin, Hazeeq Dean, Aida Aris, Azhar Sulaiman dan Edika Yusof.

Sekadar info, Sazzy dan Nazril Idrus berkahwin pada 8 November 2006. Mereka dikurniakan bayi kembar perempuan, Imaan Lily dan Tiara Rose pada 28 April 2011. Manakala pada Februari 2020, Sazzy dan suami mengambil seorang anak angkat lelaki yang dinamakan sebagai Idris. Sumber: TehTarikKaw. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.