Belum masa yang sesuai untuk masuk bidang seni, Meerqeen dedah adik bongsu yang umur 7 tahun dapat banyak tawaran untuk jadi model

Pelakon Meerqeen, 22, mendedahkan adik bongsunya Shaqeel yang berusia setahun tujuh bulan turut menerima banyak tawaran menjadi model cilik tempias daripada popularitinya. Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam berkata mereka sekeluarga bagaimanapun sebolehnya belum bersedia dedahkan adiknya dengan bidang terbabit. Sebenarnya sudah ada banyak jenama meminta dia dijadikan model atau membabitkan kempen sebelum ini. Cuma kami sekeluarga merasakan belum masa sesuai untuknya masuk bidang seni kerana usianya masih terlalu mentah. Terutama dalam penggambaran video yang membabitkan banyak babak. Itu sedikit sebanyak menyukarkan semua pihak dek kerana usianya yang terlalu muda,” katanya.

Bagaimanapun, keluarganya bersetuju apabila Shaqeel atau nama sebenarnya Mohd Shaqeel Shauqeen digandingkan dengan pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu. Contohnya terbaru menjayakan sesi fotografi untuk sebuah jenama pakaian bersempena Ramadan yang mana Meerqeen turut dipilih menjadi wajah kepada jenama berkenaan. Apabila saya dilamar sebagai sebahagian daripada wajah jenama itu kali ini, Shaqeel turut ditawarkan sama. Pastinya saya enggan lepaskan peluang bekerja dengannya.

Ini adalah pekerjaan yang menggandingkan kami buat pertama. Memang dia banyak ragam dan memerlukan kesabaran tinggi. Tapi semuanya berjalan lancar. Bila melihatkan hasil kerja, semua rasa penat hilang. Kalau ada lagi tawaran seperti ini datang pada masa hadapan, Insya Allah saya pertimbangkan memandangkan peluang sebegini tak selalunya datang,” katanya. Baru-baru ini, Meerqeen dipilih menjadi wajah Elrah Exclusive selain artis ternama lain termasuk Khai Bahar, Ben Amir serta pelakon drama Project: High Council, Amir Ahnaff, Hazeeq Deen dan Fadhli Masoot. Turut serta, dua bintang TikTok popular yang sedang meningkat naik, Aabias dan Wan Chai.

Sejak seminggu lalu, wajah mereka sudah terpampang di papan iklan LED gergasi TS Law bersebelahan menara TRX yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.