Takut tak boleh kawal diri, rupanya ini sebab Meerqeen ada pengawal peribadi

DITEMANI pengawal peribadi bukanlah alasan untuk peminat sukar mendekati pelakon Meerqeen ketika bertemu di mana-mana acara. Sebaliknya kata Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, tugas lelaki berkenaan lebih kepada mengawal dirinya supaya tidak melakukan perkara-perkara buruk ketika berada di tempat awam. “Dia (pengawal peribadi) akan dengar apa yang saya cakap. Dia tahu apa yang sepatutnya dan apa yang tidak boleh dilakukan. Kalau peminat mahu mendekati saya tidak akan kata no!

“Tetapi kalau terlalu ramai barulah saya akan minta bantuan dia. Sebenarnya kehadiran pengawal peribadi lebih kepada untuk mengawal diri saya sendiri supaya saya tidak melakukan sesuatu secara tidak sedar. “Jika berada di tempat awam, mungkin saya pun tak boleh nak kawal diri, jadi dia akan sentiasa ingatkan untuk berkelakuan baik,” katanya. Meerqeen ditemui ketika majlis tayangan istimewa episod pertama drama Melur Untuk Firdaus 2 yang berlangsung di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada Khamis.

Tambah Meerqeen, dia sentiasa menghargai kelompok peminat yang sentiasa memberi sokongan sepanjang kerjaya dan mereka bersama-sama sering melakukan aktiviti kemanusiaan. Dalam masa sama, aktor ini juga tidak terlepas dari segelintir peminat fanatik yang menghantar kata-kata cinta kepadanya termasuk ada yang mempunyai patung berwajahnya bersaiz ukuran badan sebenar. “Bagi saya hubungan dengan peminat bagaikan satu keluarga. Kami selalu mengadakan aktiviti charity. Dari situ juga ia boleh eratkan lagi hubungan kami semua.

“Saya jarang berkongsi hal tersebut kerana menghormati privasi mereka. Dalam pada itu sebagai pelakon drama cinta, saya juga tak terlepas dari kiriman kata-kata cinta peminat. Namun tidaklah terlalu menyeramkan,” ujarnya. Sementara itu bercakap tentang drama Melur Untuk Firdaus 2, Meerqeen sedar ramai yang meletakkan harapan tinggi selepas gandingannya bersama Anna Jobling dalam musim pertama mendapat sambutan hangat. Bagaimanapun pelakon ini terbuka menerima sebarang kritikan apabila ia mula ditayangkan dalam slot Akasia pada Khamis.

“Musim pertama drama ini telah meletakkan satu tanda aras yang cukup baik dengan sambutan amat menggalakkan dari peminat. Tetapi kali ini saya tidak meletakkan harapan tinggi dan berserah kepada penerimaan penonton. “Setiap orang ada pendapat tersendiri. Sepanjang penggambaran juga kami sudah ambil kira pendapat orang dari musim pertama dahulu dan kami akan duduk berbincang untuk penambahbaikan,” ujarnya. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.