Mona Allen kini dah berhijab, rupanya ini nazar dia kalau dikurniakan anak

Pelakon Mona Allen tampil mendedahkan dirinya kini sudah berhijab sepenuhnya selepas bersalin anak pertama hasil perkongsian bersama suaminya, Pekin Ibrahim. Terdahulu, Mona dan Pekin telah dikurniakan seorang anak lelaki, Petra Pekin pada 31 Ogos tahun lalu. Menurut Mona, penghijrahan itu berlaku selepas dirinya bernazar sekiranya memiliki cahaya mata pertama tanpa pengetahuan Pekin. “Saya bernazar nak pakai tudung jika diberikan cahaya mata pertama. Namun, perkara ini langsung tidak diberitahu dan diketahui oleh suami.

“Pekin tidak pernah memaksa saya untuk memakai tudung. Dia pun tak tahu saya bernazar. Dia hanya pesan agar saya tak buat sebarang pengumuman dalam media sosial sekiranya ingin bertudung. “Bukan apa, dia bimbang sekiranya saya dikritik jika tiba-tiba berubah angin,” katanya. Sebelum ini, Mona dan Pekin telah mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Sumber, Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.