Belum sedia bagi jawapan, Intan Najuwa hanya mahu fokus kerjaya pelajaran dan perniagaan 

Buat masa ini tidak ada apa yang ingin dikongsi. Kalau ada khabar gembira, saya akan maklumkan juga,” kata pelakon, Intan Najuwa, 26, susulan tular cerita mendakwa dia sudah bertunang dengan individu berstatus Datuk. Intan berkata, fokusnya kini adalah kerjaya, pelajaran dan perniagaan.  Buat masa sekarang, saya memang tak boleh nak jawab. Saya memang tak boleh kongsi. Selagi saya boleh jaga privasi pasti saya akan simpan untuk diri sendiri,” katanya ketika ditemui di Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023, di sini, hari ini. Dalam masa sama, Intan yang juga pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu kecewa apabila ada pihak menyebarkan gambar dan artikel yang tidak sahih.

Agak kecewa apabila ada yang berkongsi mengenai perkara itu. Artikel pun keluar tanpa kenenaran dan bertanya pada saya. Hanya tulis dan dengar daripada sumber tak betul. Seperti dikatakan, kalau ada berita baik pasti saya akan kongsi. Ada sebab kenapa saya tak kongsi. Saya belajar banyak dari pengalaman lalu dan tersilap langkah. Disebabkan itu saya kena jaga bab privasi dan keluarga. Saya tak nak orang cakap yang bukan-bukan hingga timbulkan fitnah,” katanya.

Terdahulu, Intan pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019. Bagaimanapun, hubungan mereka tidak bertahan lama dan Intan sendiri memaklumkan tiada persefahamanan antara dia dan bekas tunangnya itu. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.