Tengah hangat pasal isu rumahtangga, kali ni Azlee Senario nasihatkan pada golongan lelaki untuk menghargai isteri

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan kisah kemelut rumah tangga melibatkan selebriti berlaku tak setia sehingga tergamak melukakan isteri. Pelakon dan pelawak veteran, Azlee Senario menyeru kepada orang ramai terutamanya dalam kalangan lelaki supaya lebih menghargai isteri masing-masing telah berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee bin Jaafar di laman TikToknya, dia memuat naik beberapa buah gambar bersama isteri kesayangannya, Aslinda Ayob.

Dalam video tersebut, pelawak yang berusia 55 tahun itu menegaskan isteri adalah insan yang perlu dihargai kerana dia adalah individu yang menguruskan rumah tangga menjadi lebih tersusun. Menerusi perkongsian di TikTok itu, Azlee berkata isterilah yang menyediakan makanan untuk keluarga serta menjaga anak-anak. “Kita kena menjaga hati seorang isteri yang selalu menyediakan makanan untuk kita, basuh baju kita, menjaga anak-anak kita. Ya Allah kau rahmatilah isteriku Aslinda Ayob. Gembirakan hatinya dan jadikanlah dia isteri yang solehah, aamiin,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pndapat yang diberikan oleh Azlee bahkan ada segelintir mereka merindui pelawak itu untuk kembali semula ke kaca televisyen.

Dalam pada itu, warganet mendoakan agar Azlee dan isteri sentiasa bahagia hingga ke syurga dan berharap agar segala urusan mereka dipermudahkan selalu. Sumber, Soya lemon. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.