Jep Sepahtu dedah sebab Shuib dah tak bersama dia, tapi kali ni PA Shuib pula persoalkan pasal ni

Pelawak Jep Sepahtu baru-baru ini telah membuka mulut mengenai punca sebenar pengunduran Shuib daripada Sepahtu Reunion Live (SRL). Menurutnya, Shuib tidak boleh menerima tindakan Astro yang telah menggantungnya selama dua minggu selepas membuat lawak berunsur tak senonoh dalam program itu sehingga menerima kritikan ramai. Susulan pendedahan itu, seorang rakan terdekat Shuib yang juga dipercayai pembantu peribadinya telah membalas kenyataan yang dimuat naik Jep di Instagram.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok, Shafiq Sharip memaparkan tangkap layar hantaran Jep dan mempersoal tindakannya kerana tidak menceritakan perkara sebenar serta menganggap hal itu seperti memburukkan sahabat sendiri. Bukan itu sahaja, dia turut menyatakan sokongan kepada Shuib walau apa pun yang berlaku. “Kenapa tak cerita perkara yang sebenar? Bersyukur Tuhan masih jaga aib dia tapi kenapa perlu burukkan sahabat sendiri demi kepentingan diri sendiri? Saya tetap ada belakang abang I know u brother,” tulisnya. Klik sini untuk lihat video.

Melihat di ruangan komen, para peminat turut tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku antara kedua-dua pelawak ini. Netizen turut mengecam tindakan lelaki itu kerana dilihat menjadi batu api dalam persengketaan antara Jep dan Shuib. Terdahulu, Jep menyatakan kumpulan Sepahtu tidak pernah membuang Shuib dan juga berharap supaya pelawak berkenaan berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan pada waktu ini.

Sumber, Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.