Hangat diperkatakan di laman tiktok bahawa Fiza Halim sedang bercinta dengan individu biasa

Setelah sekian lama tidak mendengar khabar berita mengenai selebriti jelita Fiza Halim, baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh seorang individu lelaki di TikTok memaparkan pelakon itu bersama anak perempuannya. Melalui video terbabit, dapat dilihat Fiza sedang kearah kereta lelaki terbabit sambil tersenyum lebar. Bahkan mereka juga kelihatan sangat mesra seakan-akan mempunyai hubungan yang istimewa. Lagi membuatkan warganet merasakan individu lelaki terbabit dan Fiza sedang bercinta apabila kapsyen di video tersebut tertulis ‘putri-putri kesayangan aku. Dalam pada itu, sewaktu tibanya pelakon itu serta anak perempuan di kereta lelaki tersebut, mereka sama sekali tidak kelihatan kekok bersama.

Meninjau di ruangan komen, warganet seakan-akan tertanya sama ada lelaki itu benar sedang menjalinkan hubungan mesra dengan aktres tersebut dan ada juga berseloroh minta tips bagaimana untuk bercinta dengan selebriti. Warganet turut sempat memuji Fiza, di mana dia dapat kekalkan kecantikkannya biarpun usia semakin hari semakin meningkat dan kekal sama seperti waktu menceburi industri seni. Kredit Soya Lemon. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.