Akan mempertahankan rumahtangga, terkejut bila pengurus dedah Farid Kamil masih tak diberi kebenaran untuk masuk rumah

“Dia masih tidak diberi kebenaran”. Demikian kata-kata pengurus kepada pelakon Farid Kamil, Azahari Hamid apabila memaklumkan bahawa Farid masih tidak dapat memasuki rumah yang diduduki bersama isterinya, Diana Danielle serta berjumpa anak-anak. Memetik laporan Harian Metro, Azahari memberitahu Farid tetap akan mempertahankan rumah tangganya selepas Diana memohon untuk berpisah. “Berhubung JKP itu, ia dijadualkan akan berlangsung pada 28 Mac ini. Bagaimanapun, butiran lanjut belum diberitahu lagi.

“Farid akan mempertahankan rumah tangga mereka. Buat masa ini, dia okay saja dan tidak terkesan walaupun sedang menjalani penggambaran,” katanya. Isnin lalu media melaporkan, Diana telah memfailkan permohonan untuk berpisah terhadap Farid pada awal bulan lalu atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan. Farid yang khabarnya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Diana bagaimanapun enggan melafazkan talak. Sehubungan dengan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan pelakon itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan permohonan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Sumber: Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.